Kepentingan memahami ciri-ciri kanak-kanak pintar cerdas
Mengikut
pandangan kajian Jane Piirto (1999),
ramai orang yang telah ditanya sebagai responden setuju bahawa terdapat tiga aspek berkaitan pintar cerdas.
Aspek yang pertama ialah kebolehan menyelesaikan
masalah yang praktikal yang mana mereka akan melihat masalah itu dari
pelbagai sudut, memberi sebab-sebab yang logik dan dengan fikiran yang terbuka.
Aspek yang kedua pula ialah kebolehan
lisan (boleh menangani sesuatu topik perbualan dengan baik, membaca dengan
kerap dan baik). Pintar cerdas juga boleh dilihat dari aspek sosial (memahami konsep sosial, mengakui kesalahan yang telah
dilakukan, mempunyai minat yang umum kepada dunia).
Bukan hanya
golongan kanak-kanak kekurangan upaya atau “slow leaner” sahaja yang hanya
perlu diberi perhatian, kanak-kanak cerdas pintar juga perlu mendapat perhatian yang sama, yang mana kanak-kanak sebegini
juga mempunyai kelemahan.
Jika di teliti
dari segi perkembangan tingkah laku kanak-kanak cerdas pintar. Perkara ini
dinamakan asynchronous yang
bermaksud tidak sekata atau tidak
berlaku mengikut peringkat atau kadar yang sepatutnya bersama-sama dengan
perkara lain. Ain Hazwani et.al (2011) menjelaskan kanak-kanak
pintar cerdas berkembang secara asynchronous iaitu perkembangan yang tidak selari dengan
domain-domain lain. Sebagai contoh, kanak-kanak berusia 7 tahun mempunyai
keupayaan intelektual seperti kanak-kanak berusia 12 tahun, berkeupayaan sosial
seperti kanak-kanak berusia 9 tahun dan memiliki keupayaan emosi seperti umur
sendiri. Oleh itu, perkembangan
kanak-kanak pintar cerdas dari segi intelektual, emosi dan sosial adalah lebih
cepat berbanding kanak-kanak biasa. Namun begitu, individu yang
dikategorikan dalam pintar cerdas juga mempunyai beberapa kelemahan.
Dengan kata lain, mereka menggunakan
kecerdasan yang ada pada mereka dengan cara yang lebih berkesan. Antara
strategi pembelajaran adalah seperti:
“kalau saya
tidak mengaplikasi apa yang dipelajari, saya akan lupa”
Imkplikasinya:
Mengaplikasi
konsep yang baru dipelajari dengan sebanyak mungkin dalam situasi baru.
Metakognisi yang matang ini juga bermakna mereka melatih diri. Mereka
mencari peluang dan persekitaran untuk perkembangan diri. Mereka mengoptimalkan
perkembangan intelek sendiri dengan intelek yang sedia ada.
Dari segi cabaran yang dihadapi kanak-kanak
cerdas pintar ini adalah mereka boleh memahami secara intelektuel mengenai perkara-perkara abstrak tetapi tidak mampu
menagani perkara-perkara yang melibatkan konsep emosi yang mana akan membawa
mereka ke arah kebimbangan seperti kematian masa hadapan, seksualiti dan
isu-isu yang lain.Perkembangan fizikal kanak-kanak pintar cerdas mungkin akan
membataskan perkara atau kerja yang mereka berupaya menyelesaikannya melalui
gambaran intelek mereka. Sikap teliti dan mementingkan kesempurnaan boleh
mendorong mereka kearah kekecewaan. Mereka boleh terlibat sama dalam perbualan orang dewasa seperti isu-isu
global untuk satu minit tetapi selepas itu mereka akan menangis kerana mainan
kegemaran mereka diambil oleh seseorang. Dari segi emosi mereka terdapat
sedikit kecelaruan. Kerana dari segi intelektual mereka tinggi dan mungkin
hampir sama level dengan pemikiran orang dewasa, tetapi hakikatnya mereka masih
seorang kanak. Oleh sebab itu kita perlu memahami emosi dan mengesan ciri-ciri
kanak-kanak pintar cerdas agar dapat memberi perhatian supaya perkembangannya
tidak terkandas.
Permasalahan
dari segi pertuturan yang sangat
bagus dan kebolehan memberi alasan. Kanak-kanak pintar cerdas ini biasanya
bersikap tidak mahu mengalah dalam apa-apa perkara. Walaupun begitu mereka
tetap kanak-kanak dan memerlukan disiplin yang betul walaupun mereka itu bijak.
Mereka boleh mempengaruhi orang lain. Ibu bapa dan orang dewasa perlu mangambil
berat supaya mereka tidak menjadi orang yang mampu mempengaruhi orang lain
kearah keburukkan. Mereka juga akan cuba bersikap tunjuk pandai kepada ibu bapa
dan guru.
Permasalahan
dari segi sikap teliti dan
kesempurnaan serta masalah emosi yang sensitif. Sikap kesempurnaan boleh
membawa mereka kepada takut terhadap kegagalan sehingga mereka menjadi seorang
yang putus asa. Mereka ini memerlukan data-data yang lengkap sebelum manjawap
soalan-soalan yang diberikan, mereka sebenarnya lebih suka mencari jawapan
sendiri kerana mereka malas untuk bersosial. Sikap sensitiviti dan juga
perkembangan minda mereka mampu untuk memikirkan hal-hal seperti peperangan,
kebuluran, pencemaran, ketidak adilan dan keganasan. Jika mereka terlampau
memikirkan isu-isu ini mereka akan mengalami masalah ‘introverted’ dan mungkin
menjurus kearah “existential depression”.
Pelajar pintar
cerdas adalah satu aset yang bernilai bagi sesebuah negara. Kegagalan membantu
pelajar pintar cerdas bagi memperkembangkan potensi dan bakat mereka adalah
satu kerugian yang besar kepada negara dan masyarakat. Sekiranya penekanan
sebegini tidak diberi perhatian, dikhuatiri potensi dan bakat pelajar pintar
cerdas ini akan terbantut dan lambat berkembang.
Strategi pengajaran yang sesuai untuk kanak-kanak
pintar cerdas
Golongan kanak-kanak
cerdas pintar memerlukan program pembelajaran yang berbeza
atau perkhidmatan yang tahap lebih tinggi berbanding dengan
program-program yang dianjurkan oleh sekolah untuk pelajar-pelajar normal
yang biasa. Program yang khusus adalah perlu bagi menyedari sumbangan
mereka terhadap diri sendiri dan negara. Kanak-kanak yang
mempunyai pencapaian yang cemerlang termasuk individu yang berpotensi
serta berkebolehan dalam mana-mana enam bidang kecerdasan yang dinyatakan. Bagi
definisi kecerdasan berdasarkan sekolah yang baru pula mencadangkan
kecerdasan seorang kanak-kanak pintar cerdas berlaku dalam kalangan
seluruh masyarakat dalam pelbagai budaya dan tidak semestinya
berpandukan keputusan peperiksaan semata mata, tetapi dilihat dalam
kebolehan individu tersebut yang tinggi dalam intelektual, kreatif dan
artistik alam.
Dari segi
pembelajaran juga perlu dipertingkatkan dari segi kaedah, aktiviti didalam
kelas dan soalan-soalan yang diberikan perlulah aras tinggi, kerana pengajaran
guru yang tidak mencabar pemikiran mereka akan menyebabkan mereka cepat
berasa jemu dan bosan, seterusnya akan menghilangkan minat belajar.
Personaliti terutama watak, perangai, tingkah laku dan cara gaya pembelajaran
mereka perlu difahami oleh guru bagi merancang strategi pengjaran yang sesuai.
Pengetahuan terhadap
personaliti dan gaya pembelajaran kanak-kanak pintar cerdas sebenarnya
memberikan lebih ruang kepada guru untuk memberi sokongan perkembangan jasmani,
emosi, rohani dan intelek. Ini membantu masyarakat sekeliling juga untuk
menyedari bahawa kanak-kanak pintar cerdas harus dilayan seperti kanak-kanak
biasa lain tetapi kelebihan yang dimiliki oleh kanak-kanak tersebut dipupuk dan
dijaga supaya memberi manfaat kepada semua manusia.
Secara umumnya,
sebenarnya tiada satu pun pengajaran khas yang boleh dianggap sebagai
pendekatan yang mantap untuk digunakan oleh seseorang guru. Seseorang guru
seharusnya mempunyai pemikiran yang kreatif untuk menarik minat seseorang
pelajar pintar cerdas dan tidak menggunakan kaedah pengajaran
tradisional. Khadijah M. Shahid (1992) yang membuat kajian ke atas
beberapa pelajar pintar cerdas mendapati bahawa mereka mudah berasa bosan dan
kecewa dengan suasana di sekolah kerana kebanyakan guru yang mengajar
menggunakan kaedah tradisional, yang umumnya kurang memahami kehendak dan cita
rasa mereka. Berikut merupakan pendekatan yang telah dicadangkan :
a. Pendekatan
koperatif
Pendekatan
koperatif merupakan pendekatan yang berpusatkan kepada murid. Pendekatan ini
memerlukan para pelajar bekerjasa untuk menyelesaikan setiap tugasan yang
diberikan oleh guru. Persekitaran yang membina ini akan menyebabkan pelajar
pintar cerdas lebih bersemangat dan tidak bosan. Menurut Chiam
(1992), pelajar-pelajar pintar cerdas ini akan mengalami kekecewaan jika
mereka tidak mendapat galakan dan rangsangan yang mencabar dalam bilik darjah.
Oleh itu, guru wajar menyediakan PdP yang tidak hanya menguji intelek pelajar
tetapi menyentuh aspek perkembangan lain seperti bersosiolisasi, berkomunikasi,
emosi, dan tingkah laku.
b. Pendekatan
Inkuiri
Pendekatan
inkuiri merujuk kepada pendekatan berpusatkan murid. Pendekatan ini memerlukan
murid membuat penerokaan terhadap tugasan yang telah diberikan oleh guru.
Pendekatan ini sangat sesuai kepada murid pelajar pintar cerdas kerana mereka
sukakan cabaran untuk menjana pengetahuan mereka. Aktiviti-aktiviti dirancang
sebegitu rupa supaya murid berpeluang melibatkan diri secara aktif dalam
pembelajaran (Pusat Perkembangan Kurikulum 1994). Hal ini akan menyebabkan
pelajar pintar cerdas akan berkongsi pengetahuan (intelek), memupuk nilai-nilai
murni (rohani), bertimbang rasa (emosi) dan mempertingkatkan kemahiran
berkomunikasi (sosial) bersama –sama dengan rakan – rakan yang lain dalam
kumpulan. Oleh itu, pendekatan inkuiri ini juga sesuai digunakan oleh guru untuk
mengajar murid pintar cerdas dan berbakat ini.
c. Pendekatan
Kolaboratif
Pendekatan
kolaboratif pula merujuk kepada hubungan kerjasama antara guru pendidikan khas
dengan guru aliran perdana. Pendekatan ini sangat penting kerana suasana PdP
yang tidak kreatif akan menyebabkan murid pintar cerdas akan hilang minat untuk
belajar. Ketiadaan strategi ini mungkin berpunca daripada kekurangan
pengetahuan dan kemahiran guru pelajar aliran perdana untuk mengendalikan murid
ini. Oleh itu, kerjasama ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru
tersebut. Guru – guru boleh bekerjasama dalam proses penyediaan rancangan
pengajaran, objektif, aktiviti yang sesuai untuk pelajar ini.
d. Pendekatan
Bermain Sambil Belajar
Kaedah bermain
adalah kaedah pembelajaran yang mendekatkan diri pelajar kepada pengalaman
sebenar secara langsung, terutama apabila mengajar konsep atau kemahiran.
Apabila digunakan secara berkesan boleh menambah respon murid dan kepekaan
kepada perasaan orang lain, iaitu murid tidak akan dapat memahami atau
mengaplikasikan prinsip yang dipelajari dengan berkesan dan bermakna kecuali
diberi peluang menyaksikan sendiri situasi sebenar dan menilai hasil aplikasi
mereka dalam situasi bermasalah. Murid berpeluang dan boleh mempertingkatkan
kebolehan empati, menambah kepekaan proses interaksi dan memiliki kebolehan
menganalisis situasi secara objektif. Kaedah bermain sambil belajar merupakan
situasi yang dilakukan secara spontan dengan arahan dan bahannya diambil
daripada kisah benar. Untuk kaedah ini digunakan dengan berkesan, beberapa
proses asas harus diikuti iaitu:
e.· Pengenalan
dan kesedian murid
Murid berada
dalam keadaan baik untuk belajar apabila mendapati reaksinya terhadap situasi
sebelum ini tidak memuaskan. Maka dengan ini murid akan bermotivasi untuk
mencuba cara yang baru. Contohnya membentangkan situasi bermasalah dengan
beberapa cara bereaksi terhadapnya dan murid memilih cara bereaksi jika dia
terlibat dalam situasi itu. Lepas itu murid dikehendaki menunjukkan empati atau
yang boleh membina perasaan empati. Misalnya, jika rakan kamu cedera selepas
menggunakan alatan tajam, apakah yang perlu kamu lakukan dan bagaimana kamu
menunjukkan tanda simpati dan cara membantunya.
Comments
Post a Comment