PELAJAR GANTUNG DIRI AKIBAT KECEWA KERANA DITUDUH MENCURI IPHONE 6 GURUNYA 



Kisah Vasanthapiriya mencuri perhatian masyarakat dimana pelajar SMK Methodist di Nibong Tebal telah membunuh diri kerana sangat kecewa setelah dituduh mencuri telefon bimbit gurunya. Kisah ini sangat menyayat hati kerana dipengakhiran kes telefon bimbit guru tersebut telah dijumpai tercicir di kedai makan. Walhal nyawa remaja itu sudah tergadai.

Banyak maklum balas yang telah diterima dari masyarakat agar menuntut bela tentang kematian pelajar itu. Kes ini berlaku akibat kecuaian pihak sekolah itu sendiri kerana tidak mengikut etika SOP yang sepatutnya dipatuhi apabila berlaku masalah disiplin yang melibatkan pelajar. Sudah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia tentang cara-cara memberi hukuman kepada pelajar jika terbukti pelajar bersalah malahan pekeliling juga telah dikeluarkan.

Menurut laporan polis, seorang lagi guru memukul belakang tubuhnya di hadapan pelajar-pelajar lain, sebelum dikurung di dalam sebuah bilik di kuarter pejabat guru selama 5 jam, tanpa makanan atau dibenarkan ke tandas. Terbuktilah disini bahawa pengurusan sekolah selamat tidak dijalankan dengan baik disekolah ini, kerana telah menjadi satu ancaman kepada pelajar tentang apa yang berlaku kepada mangsa.

Berpandukan pengurusan disiplin yang telah ditetapkan oleh KPM pihak sekolah perlu mengikut prosedur ketika menangani kes disiplin sebegini. Pertama, guru yang diberi mandat untuk menangani kes ini perlu lah telus dalam melakukan tanggungjawab. Dilarang ada perasaan marah atau dendam ketika menyelesaikan perkara tersebut. Seterusnya menyiasat kes tersebut dengan berhemah tanpa berat sebelah, beri peluang kepada pelajar itu membela diri. Jika terdapat bukti sahih yang membuktikan pelajar itu bersalah, hukuman yang dikenakan harus merujuk kepada jenis salah laku tersebut sama ada kesalahan berat, sederhana atau ringan. Jangan sesekali mengambil tindakan yang melulu untuk menghukum kerana Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2003 klik disini mengenai Kuasa Guru Merotan Murid telah dikeluarkan serta telah jelas dinyatakan kategori kesalahan disiplin murid di sekolah mengikut kategori berat, sederhana, dan ringan.

Tetapi di surat pekeliling tersebut pada peraturan nombor 5 menegaskan bahawa hukuman dera kepada murid-murid perempuan adalah dilarang oleh itu pihak sekolah perlulah mencari inisiatif lain untuk memberi hukuman kepada golongan perempuan yang tidak dikaitkan dengan dera. Iaitu sebuah hukuman yang bertujuan untuk mendisiplinkan murid.


Saya sebagai bakal guru amat terkilan dengan apa yang telah berlaku. cadangan saya adalah untuk penambahbaikan di masa akan datang, adalah penting untuk seorang pendidik itu mengambil tahu atau diberi kursus tambahan dalam aspek pengurusan tingkah laku iaitu bagaimana mana  untuk menangani masalah disiplin sekolah dengan prosedur dan kaedah yang betul agar tidak terpesong ke jalan yang salah, seterusnya mencemarkan nama baik anggota pendidik.

Kisah adik ini, perlulah dijadikan iktibar dan peringatan agar tidak bertindak secara melulu apabila menangani kes-kes sebigini. Selamat jalan adik Vasanthapiriya. Rest and peace.


                                           

Gambar mangsa ketika masih kecil

keluarga mangsa menuntut keadilan atas kematian mangsa

😢😢😢😢😢😢 selamat jalan adik

Comments

Popular posts from this blog

Friend

LANJUTAN GRAFIK (TUGASAN 2.2)

LANJUTAN GRAFIK (TUGASAN 3.2)