Me
![]() |
Seketul saya yang selalu sendu dan hambar. hihihi |
Hi Assalamualaikum 😊 my name is Rosnah Binti Darus, eh tiber speaking pulak hahahaa. just call me ros or nak lebih proper ROSNAH pon boleh hahahahaah. kadang ada jek yang panggil senah katanya kena dengan muka ala-ala kampung ni, haha terhina diri sendiri pulakkk. Kalau sembang pasal umur ni malu sebenarnya maklumlah member ramai muda-muda, saya ni dah tua hahahahah tapi takpelah tak salah nak feeling muda kan, saya lahir tahun 1996 ha cuba lah teka hahaahha. Dah tua baru nak sambung study sebab sebelum ni saya bekerja selama setahun lebih sebagai seorang penari di Yayasan Warisan Johor. Mula-mula nak mintak kerja as a photographer tapi tetiba disuruh jadi penari hmm gitulah kisahnya kalau dipendekkan, nk panjang lagi boleh pm tepi...hehehe
Kampung saya kat JOHOR salam 01 !!!! BANGSA J katanya, saya duduk area bandar kat Johor Bahru tapi nama tempat mcm kampung, Kampung Melayu Pandan namanya, kalau tahu roger-roger lah ye hihihihi. dari kecik hingga besar saya dibesarkan di Johor, dari tadika sehingga diploma pun masih di Johor. saya mendapat pendidikan awal di sekolah Tadika Kemas Kampung Melayu pandan, SK Taman Molek seterusnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Molek dan mengambil diploma di Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor dalam jurusan Rekabentuk Grafik, Alhamdulillah degree ni tak terpesong jauh, masih lagi dalam dunia seni cuma tambah "Pendidikan" sahaja. Saya melanjutkan pelajaran saya di Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (seni) dengan kepujian, untuk memudahkan kerja dr saya selitkan no matrik saya ye D20182086076. Fav subjek saya tenun. sebab tenun ajar saya erti sabar maklumlah nak siapkan tenun ni 3 tahun haahaha tipu jek, kalau tekun 2 hari dah siap lah, tengok jenis tenun juga.
Hobi saya ada 2, firstly saya suka main netball and second is dance, sekarang ni saya lebih cenderung dengan dance, fav dance saya tradisional tapi sekarang ni tengah berjinak jinak dengan contemporary dance, wish me luck ye heeee. Hmm ada lagi satu sebenarnya yang ni tak tahu lah nk cakap habit ke apa, kalau saya dah ngantok kat mana-mana jek saya bedal tidur, hahahahha. cuma kat kelas dr Izazol saya tahan jek sebab takut kena bahan hahahahhahahaa.
Saya ada 2 beradik and of course saya sulung, adik saya lelaki umur 18 tahun dah, hope dia membesar jadi anak yang baiklah ye, aaamin heeee. Beruntungnya saya sebab saya ada 2 hero, Ayah dan Hero kecik tu mestilah adik saya. Ibu saya dah lama meninggal dunia sejak saya berumur 11 tahun. Ok ni last, first impression orang sekeliling terhadap saya normally orang akan cakap saya SOMBONG, BERLAGAK, BERIA dan macam-macam la, tapi TAKKKKK. saya ok jek. kadang tak tahu nk betulkan muka ni macam mana biar orang nampak saya ni OK. Ok dah, sebelum merepek baik saya tutup mukadimah saya ni sebelum terhasilnya karangan SPM.
For Dr Izazol, you are the best lecturer i ever had, saya harap dapat jadi student dr lagi, thank you atas ilmu yang diberi, 😉
Comments
Post a Comment